Definisi 'percutian' adalah dimana seseorang akan dapat melapangkan segala masalah yang berselumbungi di sebalik minda tersebut Namun, percutianku baru-baru ini bukannya satu percutian tetapi satu penyeksaan.
Pada hari Jumaat yang lepas, aku bersama dengan kawan-kawanku telah mengikuti satu rombongan percutian yang diberikan oleh Syarikat kami setiap tahun. Seperti tahun lepas, percutian tersebut diuruskan oleh Syarikat Ecopia yang kian menjadi debat hebat di antara perkerja-pekerja disini sama ada mereka betul-betul hebat ataupun disebaliknya. Namun begitu, kami menaiki bas kami dari Subang untuk menuju ke destinasi kami, Awana Kijal. Sebuah resort yang kiat dikaitkan sebagai sebuah resort yang indah dan berbintang empat. Pada pukul 9 pagi, kami pun bertolak dari Subang Jaya.
Apa yang tertulis dalam brochure itu adalah kami akan sampai pada pukul 12.30 petang dimana kami akan mempunyai masa yang banyak untuk meneruskan segala aktiviti yang diingini. Tetapi, segalanya hanya adalah impian sahaja kerana kami hanya sampai di sana pada pukul 3 petang. Ini termasuk berhenti di restoran Tong Yuan untuk menikmati ketam di situ.
Nanum begitu, perjalanan ini mengambil masa yang lebih lama daripada percutian ke Redang. Ini yang membuat kebanyakkan daripada kami berasa letih. Di sepanjang perjalanan, saya dan Indra telah berjaya bermain Scrabble di atas bas sehingga kehabisan abjad dan kami masih berada dalam perjalanan ke sana :(. Ini menujukkan betapa lamanya and pelahannya bas tersebut. Setiba di sana, kami masing-masing mengambil kunci bilik dan masuk ke bilik. Letih sungguh aku kerana itu. Namun begitu, aku terus menukar pakaian mandi dan ke bilik Cherlyn sementara menunggu yang lain untuk menukar baju mereka. Setelah menunggu selama setengah jam, kami pun pergi ke kolam mandi. Kolam mandi itu nampak menawan sekali kerana ia besar dan mempunyai dua jakuzi yang seronok. Amat melegakan untuk beremdam disana. Selepas berendam selama 2 jam, kami pun pergi ke pantai untuk menikmati keindahan pantai tersebut. Seronok juga dapat bermain air laut disitu.
Kami bermain dengan sekejap sahaja dan terus masuk ke bilik kami untuk mandi dan makan makanan malam yang tidak sesedap manapun. Sekadar OK sahaja. Tetapi, makanan melayu yang dimasak disitu memang tak boleh dinafikan keenakkanny
a. Selepas makan makanan yang banyak, kami pun berehat di bilik Alicia dengan meminum dan memakan segala makanan yang dibuat oleh Ms Ng dan wain merah yang dibawa oleh Alicia. Kami beborak sehingga larut malam dan ini terakhirnya hari pertama kami.
No comments:
Post a Comment