Loh, staff room ni kan teruk sikit. Penyaman kat sini kan macam nak rosak pulak. Dah lah orang baru balik dari makan tengah hari. Lepaz tu, penyaman tu macam tak ada angin dingin keluar darinya pulak. Ingin sangat nak makan aiskrim sekarang tetapi nak cari kat mana. Kat Cafe pun, tutup. Adoi, tak ingin nak jalan keluar lagi lah kerana terdapat banyak report nak semak. Hehehe...masalah ni, sendiri yang carikan. Jadi tak boleh lah marah sesiapa pun. Kalau rajin dari dulu, ia tak akan sampai ke tahap ini. Apa boleh I buat sekarang tetapi semak ajalah semua research tu. Dah lah banyak pulak. Hehehe...kalau tahu, I tak akan semak sekarang. Dah speed dari mula-mula lagi. Hehehe...menyesal pun tak berguna. Haih..tu lah, suruh orang jangan buat, sendiri buatkannya jugak. Biar pepatah,..... tak tahu lah pepatah tu lah. Dah lah BM I ni teruk. Hahaha...dah lah. Nak semak report ni lagi. Tengok siapa plagarize lagi. Bagi markah kosong terus dan juga menyenangkan kerja saya sebab tak payah semak yang lain.